Monday, September 28, 2009

Beautiful Stranger

MIMI
Hey orang asing,

Dalam kiraan tiga, sekiranya
satu kali saja lagi
engkau
berpaling dan
menahan pandangan
setidak-tidaknya lebih dari
sesaat,
aku akan datang
kepadamu
menolak mu melekat ke kerusi sandarmu
dan
akan begitu begini denganmu,

Jadi jangan,
Kerana aku tidak tahan.

~Mimi Morticia



P/s: My pick from Tangerin & Nikotin koleksi puisi by Mimi Morticia.

Sunday, September 27, 2009

Derang di pagi itu


Gambar ahli family tanpa diri sendiri adalah biasa bagi tuan empunya camera.


Kitorang(saya dan adik beradik) suka gelarkan adik-beradik yang lain secara berkumpulan dengan perkataan derang (diorang/mereka).

"Derang pergi mana?"
"Derang dah balik ke belum?"
"Derang ni nak makan ke tak?"


Kak liza, our last Indonesian maid masa dia baru2 sampai ke Malaysia one day came to me and ask,

"...yang namanya Derang itu yang mana ya?"

Haha. That's pretty much explains the "blur".


Moral: Salah faham memang sering terjadi dalam kehidupan seharian. Dengan itu maafkanlah orang lain setiap malam sebelum anda tidur.hee.

Thursday, September 17, 2009

Saya suka Ramadhan

ramadhan09

Dulu masa kecik2 kalau selak langsir hijau pemisah area lelaki dan wanita arwah nenek mesti pukul tangan dan cakap, "Jangan, nanti tuhan marah."

Sampai umur 5tahun aku memang ingat tuhan ada di sebalik langsir surau2 dan masjid.

Tapi tu dulu. Masjid2 sekarang dah tak ada langsir-langsir tu semua.


::Salam Aidilfitri . Maaf Zahir&Batin::