YES! akhirnya berjaya kembali update blog dengan konsisten,berkaliber, right after balik dan tak perlu throwback. hehehhe.
When you gotta be in the office, on Saturday...dan pada masa cuti sem where the whole department kosong,
yeah... you can spare some time :D.Yay.
Aha, anyway... yang ni pun suka letak tajuk berlebihan. HAHAH. padahal lebih kepada Thailand bahagian leher yang sambungkan dengan Semenanjung Malaysia. Dari Kuala Lumpur lewat petang, singgah tidoq di Aloq Staq. Terus ke Bukit Kayu Hitam, masuk ke Sadao. Sadao-Satun-Hat Yai-Songkhla. Initial plan balik ikut Pattani, Yala, Narathiwat dan terus ke KL melalui Pantai Timur, tapi sebab driver drive sorang-sorang and we spend quite lama dekat satu satu tempat so balik ikut jalan masuk, cuma keluar ke Padangbesa instead of Sadao. Ok la kot pasal Narathiwat pun baru kena bom last few days.
Selaku Cultural Nerds or minah skima, highlight of the trip for me was the Kho Yo or Kho Yor (Yo Island) sebab ada Thaksin Folklore Museum atau nama lain Museum of Southern Thai. We spend 3 hours there, masuk pukul 11 keluar hampir jam 3. Walaupun kalau datang dengan geng skima lain seperti Fazli,Aini,Yong dan Sarah pasti rasa nak lepak 3 hari. Selang seli dengan pergi lepak makan pulut mangga,aiskrim kelapa,pau dan dimsum ketam.wow, nak sekarang lepas taip. Anyway, Kho Yo ni sebenarnya dia atas tasik yang besar dekat Songkhla dan menurut Shahrul the biggest natural lake in Thailand. Feeling dia ada sikit macam berada di Pulau Duyung Terengganu. Semua maklumat kawasan dapat dari Shahrul yang pernah datang semua tempat ni last few years naik kayak dari Langkawi. Kayak. -.- .Orang yang first time memang akan excited lebih dari yang second time so kasi chance lah. hehe.
Seperti tempat tempat lain juga bila ianya yang bukan kawasan tumpuan pelancong asing,benda paling best bila boleh rasa identiti kawasan dengan jelas. Makanan pun tak asimilasi sangat, dan belum banyak cafe hipster. Komunikasi aje la ayam itik sikit sebab lokal tak pakai bahasa Inggeris jumpa yang faham pun dekat Hat Yai je kot itu pun dia sebut BhrekPhat (Breakfast). Oh, tapi boleh test pakai bahasa Kelantan sebab separuh jugak boleh faham Bahasa Jawi (Bahasa Melayu). Not a bad thing. best kot bila komunikasi ayam itik. atau ayam dengan ayam serama (Orang Kedah yang berusaha cakap Kelantan).
Kesimpulannya, selepas beberapa tahun berhibernasi dari aktiviti jalan-jalan (yang bukan Hiking)... settlekan beberapa hal kehidupan seperti Thesis dan Kahwin, this trip feels refreshing. Exact date selepas setahun pernikahan (13th Sept 2014) seriously memang baru perasan lepas tengok date dekat border pass. Macam bakal banyak lagi jek? :p (hint.hint). Entahla susah nak cakap, let see how everything goes! :)