Friday, October 23, 2009

COPENHAGEN, day 4














DAY4: Paris De Gaulle - Kobenhaven
TEMPERATURE: 1-2 Degree Celcius. Windy.
NOTES of FACTS:
1. Sampai je airport dah boleh terasa Scandinavian design aura. Style...
2. Kebarangkalian dilanggar basikal lebih tinggi berbanding motosikal. Danish bawak basikal macam mat rempit lajunye.
3. Danish don't usually stop at Zebra crossing even when it's red.Have to be extra careful.
4. Majority cars are Mercedes(Taxi), Audi, BMW, and Volkswagen.
5. Pakaian harian lebih normal berbanding di Paris di mana semua orang macam direct keluar dari fashion magazine.
6. Kalau dalam Taxa (taxi) nak duduk depan sila masuk bahagian kanan. Bukan dah duduk kiri sambil kagum2 stereng Audi dalam hati masih tak sedar duduk tempat driver taxi. (Ni nota untuk diri sendiri)
7. Sila tengok gambar nombor dua nenek geng pengakap duduk paling kiri tu comel gila rasa nak bawak balik.. macam tu la muka nenek penyamaran musang yang saya bayangkan dalam cerita red riding hood.
8. Sini macam banyak orang tua.
9. saya suka tempat ni.

eh, jap, ada lagi satu fakta.

10. Harga Tshirt tulis2 Denmark/Copenhagen = 55.-(Kroner), Harga Fridge magnet=50.-, Harga Pad Kotex=55.- ... Gila ape main pukul rata je semua perkara hampir tak berkaitan. Oh, 50.- tu lebih kurang RM37. Sila kasihan kalau nak paksa aku beli fridge magnet untuk korang sebagai souvenir.

11pm.
KobenHaven,Denmark.

BYE.

7 comments:

Anonymous said...

Biarla adik mati, tak dapat fridge magnet.

Hammad0 said...

kobenhaven phonebooth,
kobenhaven 7 eleven,
kobenhaven stall,
kobenhaven gaylesbian filmfest(??)
...opah mini

aqmal said...

pegi goldcoast, kau suka nenek kat kaunter pendaftaran. pegi kopenhagen, kau suka nenek pengakap. adakah kau ada secret obsession terhadap warga emas yg berbau bedak? hi hi hi hi.

z a t i said...

aku memang suka orang tua :|

aqmal said...

oh oh aku lupa nk ckp. motto pengakap mmg 'sekali berpengakap, terus berpengakap'. betulll. tak tipu.

z a t i said...

kau ke?

aqmal said...

sapa pengakap. euhh. i gossip girls.