Sunday, December 20, 2009

ini uncle Jimmy Chooi

malaccashoemaker2malaccashoemaker4malaccashoemaker3malaccashoemaker1

Korang tau tak Jimmy Choo dah balik Malaysia? dia cakap dah bosan buat kasut untuk artis Hollywood diorang tu banyak songeh so dia bercadang untuk menabur bakti kepada rakyat Malaysia dengan membuat kasut mampu milik untuk rakyat kelas pertengahan.
Okay, tipu je.
Ini sebenarnya bukan Jimmy Choo tapi Jimmy Chooi.
Okay, tipu lagi.

Be serious Zati.
Uncle ini ialah pembuat kasut terompah (Clog) di Jonker Street Melaka. I think siapa2 yang pernah ke Jonker Street pasti tahu tentang ini. Beliau telah 25tahun menceburkan diri dalam arena pembuatan kasut skill diadaptasi dari bapa beliau iaitu guru kepada shoe designer terkenal Manolo Blahnik (bukan dari Kelantan). Isteri beliau pula ialah penjahit kasut manik baba nyonya seperti wanita dalam iklan panadol juga beroperasi dalam kedai yang sama.

Oleh kerana teruja; saya, ibu saya, dan adik perempuan saya telah terpedaya lalu menempah sepasang clog setiap seorang. Oh di sini kita diberi kebebasan memilih design clog mengikut rentak hati kita tapi terhad kepada imej yang sudah sediakala terbentuk di dalam minda uncle ini. So, tak payah la korang guna term2 fashion yang bombastic seperti gladiator strap, mary jane heels, strapped stiletto, T-strap semua tu tak perlu. "Itu tali cokolat kasi taruk itu sendal balakang." sudah memadai.

Lepas tempah clog ni, boleh la korang pergi pula ke kedai kebaya nyonya berdekatan yang juga terdapat di Jonker street ni untuk mendapatkan effect wanita melayu ter-hot di majlis kenduri kahwin.

Sekian.

211209

3 comments:

Anonymous said...

satu lagi props utk video clip...tengs

-DOP of HBKL-

z a t i said...

apa? adakah watak jimmy chooi?

Hammad0 said...

best la,jimmy choooi