Showing posts with label take5. Show all posts
Showing posts with label take5. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Analoque - Another Unplanned Weekend

analoqueanaloque (1)analoque (2)analoque (3)analoque (4)analoque (5)analoque (6)


Macam tak ingat sangat kenapa hari ahad patutnya buat benda lain tapi buat benda lain (eh macam tak biasa). Bermula dengan aktiviti menyelamatkan Kusha di hospital kerana ada aktiviti jatuh basikal di Taman Cabaran. Sampai-sampai “Ha, main basikal lagi! main la lagi!”, marah Zati. “Mana ada aku kan main longboard!” jawab Kusha yakin. “Habis tu kalau main longboard macam mana boleh jatuh basikal?!”. Ok fine kawan dia yang jatuh basikal tapi kena selamatkan Kusha sbb dia hampir mati kelaparan akibat eksited naik ambulan sehingga terlupa wallet. Orang macam ni patut duduk rumah je tonton Astro Ceria. Oh tapi masa tengah siap-siap nak pergi sepital tiba2 si Ijai call tanpa amaran; “Zati kau pergi tgk Analoque?”
“Tah, tak kot. Aku takda tiket” jawab tanpa perasaan sebab tengah butang seluar jeans kepit talipon dkt telinga guna bahu kanan.
Tapi secara tiba2 *Ting* keluar mentol atas kepala untuk bertanya kepada Naim selaku ejen yang disyaki mengedarkan tiket halal show berkenaan. Dengan gaya ulat penjual tiket pudu raya, “Berapa mau?” jawab Aznaim dengan pantas. Tanpa dirancang tersebut “tiga!” patutnya masa sebelum call hanya nak sebut dua untuk Ijai dan Datilla sahaja sebab dah tau mesti balik lepas curfew punya ya, zati perempuan umur lanjut yang ada curfew jangan banyak soal. Show start around 9pm di Istana Budaya dah la rupanya tiket seat kami sebenarnya ialah kerusi piano Monoloque. Taktau nak gembira ke teruja. Dah la kamera tiba2 memang ada dalam beg kerana kenduri Jaja semalam.
Semuanya berjalan lancar seperti yang tidak dirancang. Show pulak power gila Loque main piano tahap colek-colek tali dalam piano (tah tak pasti sangat apa nama teknik ni) and Ana you are gorgeous as always baybehh!
So there goes another weekend, oh bukan.. there goes another great unplanned weekend.~


p/s: eh terpanjang pulak macam blog tulis-tulis.



19122010

Wednesday, April 7, 2010

ég er ugla su-sumar ugla

music

Hari tu ada sembang2 dengan kawan2 pasal lagu apa diorg dengar kalau rasa depress; ada yang suka dengar lagu melayani lagi rasa depresi dan ada juga yang cuba dengar lagu sebaliknya demi mengdeny perasaan depresi tu, atau mengubat? bak kata seorang rakan Sapik Mahad(nama sebenar)"Den kalau lopeh depress balik deting den suko dongar lagu ganeh2".
Masa di Kolej aku suka ulang2 Moondance by Nightwish jika rasa down dan sekarang sepertinya Don't Be Afraid You Just Have Got Your Eyes Closed by Mu'm agak menenangkan so aku tabalkan jika aku rasa depress aku suka dengar lagu-lagu tanpa suara atau just dengar cakap ibu -_-; . Kalau kes Liew Yong Kian pula beliau semasa di studio kita boleh tahu dia merasa depress jika dia mula memasang lagu-lagu patriotik sambil mendendangkan sekali lagu-lagu itu dengan suara soprano separa jadi beliau sekaligus mengagihkan rasa depresi itu kepada kawan2 berdekatan *tunjuk diri sendiri* . Tapi ada juga kes rakan yang jika depress lebih gemar memasang lagu yang lebih depresi lagi seperti mendengar Let Down By Radiohead ketika merasa down..sesungguhnya aku akan dengar lagu itu jika hanya merasa terlalu kosong dan ingin merasa sedikit depres.
Ada juga lagu yang bakal bawa kau ke suatu ruang dimensi lain, seperti aku akan secara automatic berada di atas kapal mewah yang ramai orang pada suatu malam dan aku berseorangan di luar kapal di sebalik tingkap kaca yang ber refleksi lampu-lampu malam yang sangat cantik pada titik-titik air di kaca with salty smell of the ocean tiap kali dengar Standing Outside a Broken Phone Booth with Money in My Hand By Primitive Radio God. Ada juga lagu yang terus akan mengingatkan kita pada orang2 sekeliling contohnya sekarang aku dah tak boleh dengar Infra Red By Placebo tanpa memainkan image Sarah, Sitinod dan aku melalak bersama Molko ilusi malam kami berada di dalam kereta membuat konsert boleh skip lagu tak suka di lebuhraya karak yang berliku2 dan akan berasa risau setiap kali sebut part korus "There's goonnaaa beee..an accidenntt...". Walau pun time tu dengar semua lagu placebo ulang2 sepanjang 4jam perjalanan tapi masih misteri kenapa lagu Infra Red paling kekal dalam otak bersama images2 malam itu.
Oh, ada juga lagu yang disebabkan kau berada di tempat itu semasa lagu itu dimainkan di Ipod atau sekeliling maka imej dan lagu akan melekat walau pun tak ada kaitan, seperti aku melihat sunset yang sgt cantik di tasik lepas joging satu hari tapi sampai sekarang akan ingat lagu Thirtythree by Smashing Pumpkins sungguh tak berkaitan tapi sebab turn lagu tu dalam putaran ipod..tapi ada juga ketika aku rasa magical bila tempat tu aku tiba serentak dengan lagu yang cukup sesuai sehingga merasa diri sendiri adalah pelakon utama video klip seperti image aku yang merasa sungguh kecil dan sungguh kagum dengan alam yang sungguh besar di pergunungan berapi di Bromo tahun lepas dimana setibanya di situ Ipod aku lantas memainkan MeoBloonasirr by Sigur Ros ok berhenti sekarang eksited cerita music sebelum aku rasa dah tukarkan tempat ini menjadi wikipedia.
Btw, nampak macam mencarut tak title?hoho.sebenarnya tajuk ni adalah lirik sebuah lagu.bukan tajuk lagu, tapi tajuk entry ini adalah keseluruhan lirik lagu itu ok sudah-sudah tu explain perkara tak perlu.


07042010

Thursday, March 4, 2010

sembang-sembang random

randomKLrandomKL (1)randomKL (2)randomKL (3)randomKL (4)


contoh hari minggu yang tak best bagi seorang perempuan(sebenarnya diri sendiri) ialah bila terpaksa spend one day untuk kereta (setiap 3bulan)lebih2 lagi bila jenis tak banyak tahu hal kereta tapi terpaksa.

...macam tujuan asal hanyalah untuk servis biasa2, tapi sampai2;
"Now a ada plomotion itu balancing sama alignment u mau sikali bikin ka?"
"..mmmmm, ha, bolehla."

15minutes lepak baca majalah kat dalam bilik air-cond,
"itu blekpad sudah nipis wo kena kasi tukar, manyak bahaya...sudah lama ka ini keleta?"
"umm... 2tahun lebey,"
"oh, sudah kena tukar ma...lu banyak jalan punya orang kena tukar la.."

*cek wallet*
"aaa..boleh la."
*dah mula bersila atas kerusi*
"Amoi,wa ingt bulan depan lu mari tukar itu timing belt you punya meter sudah 80k lebey."
*diam, mengeluh, angguk2, sambung baca majalah*
...15minutes later, dia mai lagi.
"amoi, itu tyre sudah mau tukar...ada ketul2,wa tadi mau tekan minyakk pun talak berani wo dia gegar-gegar"
rasa gegar bila bawak laju lebih 120kmj tu mmg ada rasa tp mcm biasa a selagi boleh start enjin jalan je.
"Berapa satu tayar mau tukar?"
"RM xxxx satu bijik"
"aaaa.bulan depan can a leng chai sudah over budget la kalau mau tukar tayar macam ni.."
"...ha bole la..bahaya ma ini macam, bulan depan you datang kasi tukar tayar, timing belt, sama ini air cond juga sudah problem..."
"ha...ye la.ye la."


Apasal dia tak suggest aku tukar kereta je terus dah macam tinggal pintu dengan skru enjin je tak payah tukar.

Eh, enjin ada skru ke?


Serius Malaysia sekarang panas, dalam air cond pun terasa bahang dia.
Tak ada ke sapa2 nak pergi tolong perlahan kan sikit matahari tu.




random.022010

Wednesday, February 10, 2010

a' fond Parody

parody


"hey perempuan kau fikir kau lucu?"
"I'm not, they are!"



Nothing serious; really.


11022010

Friday, February 6, 2009

Aku Layan Smart TAG dari Wawa


16 (je?) pasal aku:

1.Obses dengan coffee...tapi tak suka Nescafe

2.Fobia pada obesiti dan kegemukan, tapi bukan la seorang yang begitu kurus.

3.Suka kepada kebanyakan pemusik homosexual tanpa disedari. Eg: Jonsi, Dave Gahan

4.Idealist...kerek...tapi bersopan santun.

5.Definasi visual orgasm: Susunan lampu2 jalan di atas kanvas langit senja yang masih biru violet dari dalam tingkap kereta yang ada titisan hujan.

6.Definasi bauan sexy: coffee panas di sebelah tingkap selepas hujan.

7.Personaliti berubah mengikut persekitaran. Hanya menjadi diri sendiri bila berseorangan.Hipokrit? Ape2 je la.

8. Tertarik lelaki seperti Denzel Washington / watak2 seperti lakonan dia.

9. Lelaki seperti Denzel tidak pernah tertarik kepada aku.

10. Pernah jatuh cinta, bercinta dan putus cinta.. *lagu sadis berkumandang*

11. Merasakan bahawa ayah saya ialah orang paling kelakar dalam dunia, tetapi hairan melihat dia begitu suka menonton raja lawak.

12. Mempunyai ibu berkarier yang kurang gemar memasak, tetapi pemasak laksa tersedap di dunia.

13. Suka berenang...tetapi lately lebih banyak berendam di tepi kolam sambil membincangkan hal-hal serius seperti masa depan yang kian kabur dan agama anutan diri dan pasangan.

14.Percaya keajaiban fenonema Deja Vu, dan selalu cuba mengsustain info before it really happen.

15. Sering dituduh obsesi Tun Dr. Mahathir kerana tak sengaja ingat kebanyakn petikan2 ayat dia.

16. Mempunyai blog p u i s i b i s u..yang nampaknya, tidak lagi membisu. (^^ ; )


Aku Tag : Che det*dgn wajah kerek*, Amal, Ryang, Kekwe, Yong, Ijai, Eni