Friday, February 6, 2009

Aku Layan Smart TAG dari Wawa


16 (je?) pasal aku:

1.Obses dengan coffee...tapi tak suka Nescafe

2.Fobia pada obesiti dan kegemukan, tapi bukan la seorang yang begitu kurus.

3.Suka kepada kebanyakan pemusik homosexual tanpa disedari. Eg: Jonsi, Dave Gahan

4.Idealist...kerek...tapi bersopan santun.

5.Definasi visual orgasm: Susunan lampu2 jalan di atas kanvas langit senja yang masih biru violet dari dalam tingkap kereta yang ada titisan hujan.

6.Definasi bauan sexy: coffee panas di sebelah tingkap selepas hujan.

7.Personaliti berubah mengikut persekitaran. Hanya menjadi diri sendiri bila berseorangan.Hipokrit? Ape2 je la.

8. Tertarik lelaki seperti Denzel Washington / watak2 seperti lakonan dia.

9. Lelaki seperti Denzel tidak pernah tertarik kepada aku.

10. Pernah jatuh cinta, bercinta dan putus cinta.. *lagu sadis berkumandang*

11. Merasakan bahawa ayah saya ialah orang paling kelakar dalam dunia, tetapi hairan melihat dia begitu suka menonton raja lawak.

12. Mempunyai ibu berkarier yang kurang gemar memasak, tetapi pemasak laksa tersedap di dunia.

13. Suka berenang...tetapi lately lebih banyak berendam di tepi kolam sambil membincangkan hal-hal serius seperti masa depan yang kian kabur dan agama anutan diri dan pasangan.

14.Percaya keajaiban fenonema Deja Vu, dan selalu cuba mengsustain info before it really happen.

15. Sering dituduh obsesi Tun Dr. Mahathir kerana tak sengaja ingat kebanyakn petikan2 ayat dia.

16. Mempunyai blog p u i s i b i s u..yang nampaknya, tidak lagi membisu. (^^ ; )


Aku Tag : Che det*dgn wajah kerek*, Amal, Ryang, Kekwe, Yong, Ijai, Eni

2 comments:

Zaffi Zuhri said...

adakah itew butterfly yg aku bagi dulo????

z a t i said...

hahahahha. yes zaf! :P