Oh, teringat pasal rileks2. Hari tu lepas jalan2 arouund Jakarta dah penat2 we decided to get ourselves pampered la konon since we heard that Spa in Indonesia quite cheap and good, so keluar from one mall in Pluit we asked the Cab driver where to find the place la. So the Cab supir was like, "Oh, itu di Mangga Besar tu.." He said that along the street banyak la tempat to choose from. Sampai je Mangga Besar Sarah terus tunjuk satu bangunan yang paling obvious la dekat street tu "Oasis". Pendek cerita, kitorang masuk dalam dan tanya harga semua, ok la..not bad. Tapi masa tu dalam hati macam berkata kenapa tempat ni mengamalkan konsep penghambaan di zaman silam dan bukan tradisional Indonesia seperti yang diimajinasikan, selepas tu kitorang 3 orang dah tunggu siap2 kat suite tu tunggu tukang lulur dan bila tukang lulur/urut tiba terfikir lagi kenapa bukan gadis Indonesia berkebaya senyum manis yang datang sebaliknya 3 gadis berbaju hitam ketat dada minimal cup C skirt bawah sikit dari punggung dan senyum kelat dan hairan memandang 3 gadis inesen dan bukan lelaki berkumis nipis hidung belang.
Konsep penghambaan zaman firaun, 'Mangga Besar', ashtray bertulis 'Pria punya selera', sign bertulis 'dilarang asusila'.
Wajah penuh inesen, "Mbak, asusila itu maksutnya apa ya mbak?"
Mbak: "err....errr....hehee...heheee." *pandang kawan dia kat sebelah*
Ok, fine. Kitorang salah masuk tempat.
Indonesia, 2010
3 comments:
apasal komen aku hilang. terguris hati ke
hahaha..dat was one awkward moment!
I love your photographs. Nak tanya, you pakai kamera apa?
Post a Comment