Thursday, March 4, 2010

sembang-sembang random

randomKLrandomKL (1)randomKL (2)randomKL (3)randomKL (4)


contoh hari minggu yang tak best bagi seorang perempuan(sebenarnya diri sendiri) ialah bila terpaksa spend one day untuk kereta (setiap 3bulan)lebih2 lagi bila jenis tak banyak tahu hal kereta tapi terpaksa.

...macam tujuan asal hanyalah untuk servis biasa2, tapi sampai2;
"Now a ada plomotion itu balancing sama alignment u mau sikali bikin ka?"
"..mmmmm, ha, bolehla."

15minutes lepak baca majalah kat dalam bilik air-cond,
"itu blekpad sudah nipis wo kena kasi tukar, manyak bahaya...sudah lama ka ini keleta?"
"umm... 2tahun lebey,"
"oh, sudah kena tukar ma...lu banyak jalan punya orang kena tukar la.."

*cek wallet*
"aaa..boleh la."
*dah mula bersila atas kerusi*
"Amoi,wa ingt bulan depan lu mari tukar itu timing belt you punya meter sudah 80k lebey."
*diam, mengeluh, angguk2, sambung baca majalah*
...15minutes later, dia mai lagi.
"amoi, itu tyre sudah mau tukar...ada ketul2,wa tadi mau tekan minyakk pun talak berani wo dia gegar-gegar"
rasa gegar bila bawak laju lebih 120kmj tu mmg ada rasa tp mcm biasa a selagi boleh start enjin jalan je.
"Berapa satu tayar mau tukar?"
"RM xxxx satu bijik"
"aaaa.bulan depan can a leng chai sudah over budget la kalau mau tukar tayar macam ni.."
"...ha bole la..bahaya ma ini macam, bulan depan you datang kasi tukar tayar, timing belt, sama ini air cond juga sudah problem..."
"ha...ye la.ye la."


Apasal dia tak suggest aku tukar kereta je terus dah macam tinggal pintu dengan skru enjin je tak payah tukar.

Eh, enjin ada skru ke?


Serius Malaysia sekarang panas, dalam air cond pun terasa bahang dia.
Tak ada ke sapa2 nak pergi tolong perlahan kan sikit matahari tu.




random.022010

12 comments:

yong said...

zati...saya arah ko pergi perlahankan matahari -.-!

Hammad0 said...

hahaha...yg ni best

z a t i said...

kau nak level bape yong?

thanks hammad :)

hicsuntdracones said...

Suka betul dia bintik-bintik burung @ Petronas Art Gallery.

Progression dari canvas putih kosong, ke bintik hitam atas canvas putih.

hicsuntdracones said...

ART FOR GRABS @ Annexe...jom!

nana said...

dulu masa aku anta keta g workshop biasa, mcm tu la aku kena tny itu ini.

skang, aku anta perodua service je. anta, pastu dtg balik, keta dh siap.

z a t i said...

hafez, suka dan attach (by heart) to something without reason ialah dua perkara berbeza.
banyak je benda yang i like over there but that one is the only one, that catch my heart before my eyes.
a lucky piece....or lucky me?

-btw, tak suka la art for grab.maybe it's me, but i just don't.tapi nak jalan2 tgk2 ok je. nanti btau la.

nana, mahal la pergi tmpt sebenar. saya org miskin :P

Mohamad Faizal said...

aku pun buta kereta selalu mama aku yang pergi servis agar aku tak ditipu mekanik

z a t i said...

ijai kasihani ibu anda

nana said...

dulu aku pun rasa, nak pegi mekanik biasa sbb nak dapat murah.

tapi bila dh pegi perodua, rasanya lebih byk boleh jimat. betul ni zati, aku tak tipu.

z a t i said...

tapi saya bukan kereta perodua atau proton.
*nangis*

nana, ya dulu mmg hantar dekat tmpt sebenar, tapi mmg mahal byklah awak!

takpa, nanti la cuba try hantar lg next time. :)

idasary said...

kete aku macam2 bunyi ade. anto kat mekanik die diam je. kalo aku servis tempat ko mesti die cakap

"aiyoh! lu mau mati ka bawak ini keleta!"