Sunday, December 19, 2010

Analoque - Another Unplanned Weekend

analoqueanaloque (1)analoque (2)analoque (3)analoque (4)analoque (5)analoque (6)


Macam tak ingat sangat kenapa hari ahad patutnya buat benda lain tapi buat benda lain (eh macam tak biasa). Bermula dengan aktiviti menyelamatkan Kusha di hospital kerana ada aktiviti jatuh basikal di Taman Cabaran. Sampai-sampai “Ha, main basikal lagi! main la lagi!”, marah Zati. “Mana ada aku kan main longboard!” jawab Kusha yakin. “Habis tu kalau main longboard macam mana boleh jatuh basikal?!”. Ok fine kawan dia yang jatuh basikal tapi kena selamatkan Kusha sbb dia hampir mati kelaparan akibat eksited naik ambulan sehingga terlupa wallet. Orang macam ni patut duduk rumah je tonton Astro Ceria. Oh tapi masa tengah siap-siap nak pergi sepital tiba2 si Ijai call tanpa amaran; “Zati kau pergi tgk Analoque?”
“Tah, tak kot. Aku takda tiket” jawab tanpa perasaan sebab tengah butang seluar jeans kepit talipon dkt telinga guna bahu kanan.
Tapi secara tiba2 *Ting* keluar mentol atas kepala untuk bertanya kepada Naim selaku ejen yang disyaki mengedarkan tiket halal show berkenaan. Dengan gaya ulat penjual tiket pudu raya, “Berapa mau?” jawab Aznaim dengan pantas. Tanpa dirancang tersebut “tiga!” patutnya masa sebelum call hanya nak sebut dua untuk Ijai dan Datilla sahaja sebab dah tau mesti balik lepas curfew punya ya, zati perempuan umur lanjut yang ada curfew jangan banyak soal. Show start around 9pm di Istana Budaya dah la rupanya tiket seat kami sebenarnya ialah kerusi piano Monoloque. Taktau nak gembira ke teruja. Dah la kamera tiba2 memang ada dalam beg kerana kenduri Jaja semalam.
Semuanya berjalan lancar seperti yang tidak dirancang. Show pulak power gila Loque main piano tahap colek-colek tali dalam piano (tah tak pasti sangat apa nama teknik ni) and Ana you are gorgeous as always baybehh!
So there goes another weekend, oh bukan.. there goes another great unplanned weekend.~


p/s: eh terpanjang pulak macam blog tulis-tulis.



19122010

14 comments:

Faizal Rosly said...

kau harus 'mengeksploitasikan' persahabatan kau zati. hee hee hee

anyway konsert semalam memang hebat dan hangat walaupun aku nampak kau sekadar miming ketika menyanyikan lagu 'tolong ingatkan aku'

Blitzenius said...

im your number one fang la zati. i dont know why.

z a t i said...

ijai,tah aku rasa aku lebih la jenis yang dieksploitasi dari mengeksploitasi.

nazri!tu ejek ke apa?

kianyong7 said...

ade konsert tak ajak... :P

z a t i said...

yong, awak nampak tajuk tak? kan saya kata tak plan. lagipun awak kan busy. duduk rumah diam2 buat kerja ok

Anonymous said...

terima kasih la datang selamatkan aku dari kelaparan walaupun akhirnya bukan kau yang bayar makanan aku tu.

-brad the kusha pitt-

z a t i said...

hahahaha. ala kusha boleh tak jangan pecahkan rahsia? blog aku mestila aku nak nampak heroic. :p

syafeenamk said...

Hai! kenapa saya tak nampak awak? hehe. Loque tu mcm lalok2 tp power nya dia main piano. Mmg ternganga mulut punya. hehe. and i love ana's tingkap kaca. what a great show kan? :)

z a t i said...

ape ilya? awak tak nampak saye? saye duduk atas kerusi piano loque -_-

syafeenamk said...

are u the one who took pictures??

z a t i said...

not formally. curik2 tapi dengan obvious. hah ha hah ha

Blitzenius said...

sudah gaharu cendana pula lah awak ni. have a great year, 2011.

Kap said...

Loque siap tengkolok bagai hah.

thatey said...

see it herevisit the site useful referenceMore about the author see herevisite site