Wednesday, April 20, 2011

Ghost from the Past

past1past2past3


Kadang-kadang terasa macam setiap hari yang dilalui adalah macam satu segmen dalam movie yang sebenarnya ada jalan cerita yang dah terancang. Cumanya pelakon movie dah tau skrip dan jalan cerita so terpaksa ada bakat untuk melakonkan raut wajah untuk menunjukkan kesan dari penceritaan; macam skrip marah kena la buat wajah garang. Beza movie dengan dunia sebenar jalan cerita adalah misteri kepada pelakon, jadi raut wajah kesan dari skrip adalah spontan, natural dan tidak terancang. Mungkin jalan cerita bermula apabila anda perlu mencari sesuatu yang telah bertahun disimpan lalu tiba2 perlu digunakan dan anda terpaksa mencarinya di tempat anda menyimpan barang-barang lama anda. Tidak perlu menjadi pelakon yang hebat untuk skrip yang ceria-ceria seperti ketawa dan gembira melihat perkara2 yang lucu. Perkara paling tragis pun boleh jadi lucu jika dilihat dalam mode “rewind”. Kemudian, watak kedua masuk dalam segmen dan menekan butang “stop”, lalu anda dipaksa menyaksikan kisah lalu dalam mode “play”. Pelakon yang hebat sudah tentu berjaya memainkan raut wajah pelbagai emosi untuk kisah yang begitu sempurna adunan ceritanya. Itu dalam movie. Perasaan boleh dirancang. Hidup begitu mudah jika skrip sudah tersedia. Jalan cerita sedia maklum. Tapi di dunia realiti semunya misteri. Kisah yang begitu sempurna boleh jadi adalah sebuah mimpi yang ngeri. Ketawa boleh jadi bukan refleksi untuk sebuah kisah gembira dan tangisan mungkin bukan jawapan untuk sebuah kisah sedih.

… dan untuk dunia realiti, jawapannya ada pada waktu.
Time will tell,they say. Time will tell.


"I build wall around me to protect myself from thing I fear, without knowing it's inside me, all along."


20042011




.

2 comments:

kianyong7 said...

wei. tgh tulis thesis ke? bukan main panjang...

z a t i said...

oi. ni semalam la. otak kecamuk skit. tak fokus tulis pelajaran lalu tulis perasaan, hahhahahhahahaha